Sabtu, Januari 30, 2010

kata-kata mutiara

Dari satu petikan web...

- Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

- Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

- Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

- Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

- Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

- Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.

- Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.

- Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.

- Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.

- Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.

- Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

- Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

- Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

- Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

- Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

- Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.

- Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

- Imaginasi menguasai dunia.

- Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.

- Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

- Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

- Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.

- Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

- Orang miskin memakan makanan yang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.

- Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.

- Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

- Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

- Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

- Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

- Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

- Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.

- Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.

- Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.

- Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.

- Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki.

- Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.

- Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.

- Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.

- Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.

- Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat

- Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

- Mimpi itu adalah perlu dalam hidup

- Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.

- Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.

- Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.

- Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.

- Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.

- Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.

- Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda.

- Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.

- Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

- Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.

- Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

- Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.

- Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang.

- Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.

- Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

- Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia.

- Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.

- Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.

- Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

- Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia.

- Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.

- Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan.

- Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi.

- Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.

- Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.

- Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau.

- Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.

- Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

- Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.

- Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.

- Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.

- Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan.

- Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat.

- Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.

- Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

- Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar.

- Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.

- Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia.

- Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya.

- Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.

- Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.

- Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.

- Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

- Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.

- Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

- Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.

- Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.